Selamat Datang

Waktu operasi :

Isnin
hingga Jumaat : 07.30 pg - 4 .00 ptg
Portal Rasmi SMK Iskandar Shah : Klik sini

Terima Kasih Kerana melawat blog kami.

Peraturan AM

5.1.1        Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis, kertas dan buku rekod NILAM sahaja ke dalam PSS. Beg dan fail mestilah disimpan di rak yang disediakan di luar PSS.

5.1.2        Sebarang bahan PSS tidak dibenarkan dibawa keluar daripada PSS sehingga ia direkodkan oleh Penyelaras PSS atau Pengawas PSS.

5.1.3        Membawa keluar bahan-bahan PSS tanpa kebenaran adalah dianggap satu kesalahan besar.

5.1.4        Pelajar dilarang makan dan minum di dalam PSS.

5.1.5        Untuk menjaga kepentingan semua pengguna, berbincang, berbual, bising, berkelakuan sumbang dan lain-lain aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman pengguna lain adalah dilarang.

5.1.6       Setiap pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan keselamatan bahan-bahan PSS.

5.1.7        Pengguna hendaklah mengembalikan buku yang dibaca ke rak yang betul sebelum keluar ataupun meletakkan buku di atas troli yang disediakan.

5.1.8        Pengguna hendaklah menghormati dan mematuhi arahan pengawas PSS yang sedang bertugas.

5.1.9        Semua pengguna PSS diwajibkan dalam keadaan senyap.

5.1.10    Ketika hendak keluar dari PSS, pengguna dikehendaki mempamerkan semua bahan yang hendak dibawa keluar untuk pemeriksaan.

5.1.11    Pelajar dikehendaki menarik perlahan-lahan kerusi untuk mengelakdaripada berbunyi bising ketika mengundinya.

5.1.12    Pastikan dikehendaki merapatkan kembali kerusi ke meja selepas menggunakannya.

5.1.13    Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika di PSS. Jeans, seluar pendek, skirt, pakaian berwarna-warni dan selipar tidak dibenarkan sama sekali.

5.1.14    Tarikh buku perlahan-lahan daripada rak supaya ia tidak rosak, koyak dan sebagainya.