Selamat Datang

Waktu operasi :

Isnin
hingga Jumaat : 07.30 pg - 4 .00 ptg
Portal Rasmi SMK Iskandar Shah : Klik sini

Terima Kasih Kerana melawat blog kami.

Jenis Tayangan

SEBELUM TAYANGAN


1.Pastikan bilik darjah untuk tayangan sesuai untuk tayangan dan jangan padamkan semua lampu kerana ini menjejaskan kesihatan mata.


2.Bunyi jelas dan dapat didengar oleh semua pelajar.


3.Pastikan bahawa tayangan jelas kelihatan dari semua tempat penonton. Prinsip-prinsip biasa yang digunakan ialah:


i. Gambar tayangan di atas daripada kepala penonton.


ii. Tempat duduk diatur dengan baik supaya tidak dekat dengan layar tayangan.


4.Pastikan terdapat pertukaran udara supaya tidak terlalu panas.


5.Guru perlu lihat dan fahami terlebih dahulu sebelum ditunjukkan kepada pelajar-pelajar.


6.Sediakan pelajar sebelum tayangan.


7.Guru hendaklah hubungkan isi tayangan dengan mata pelajaran supaya perkara yang tidak difahami dapat diperjelaskan kepada pelajar-pelajar.


8.Berikan penerangan ringkas kandungan tayangan kepada pelajar-pelajar.


9.Nyatakan perkara yang patut diteliti dalam filem.


10.Jelaskan perbendaharaan kata atau istilah yang tidak dapat difahami oleh pelajar-pelajar.


KETIKA TAYANGAN.



1. Tayangan adalah untuk pengajaran dan bukan untuk pertunjukan khas.


2. Pelajar-pelajar dalam keadaan senyap.


3. Berhenti tayangan pada bahagian-bahagian tertentu untuk memberi penerangan.


SELEPAS TAYANGAN


1. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengemukakan soalan atau komen.


2. Guru mengemukan soalan kepada pelajar-pelajar.


3. Kerja-kerja di rumah berkaitan dengan aktiviti selepas tayangan diberi.