Selamat Datang

Waktu operasi :

Isnin
hingga Jumaat : 07.30 pg - 4 .00 ptg
Portal Rasmi SMK Iskandar Shah : Klik sini

Terima Kasih Kerana melawat blog kami.

Penggunaan Pandang Dengar & Bilik Tayang


BILIK TAYANG



1. Tempahan bilik tayang boleh dibuat di bilik BPD bermula pada hari Isnin setiap minggu.

2. Kunci bilik tayang hanya boleh diambil oleh GURU sahaja. Guru yang berkenaan bertanggungjawab untuk memulangkan semula kunci tersebut ke bilik BPD.

3. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik tayang tanpa guru.

4. Pelajar-pelajar TIDAK DIBENARKAN MAKAN dan MINUM dalam bilik tayang.

5. Semua penggunaan peralatan hendaklah direkodkan dengan lengkap dalam borang yang telah disediakan.

6. Semasa menunggu kedatangan guru, pelajar dikehendaki beratur di luar bilik tayang.

7. Pastikan semua suis lampu, pendingin hawa dan kipas telah ditutup dan kerusi meja telah disusun semula sebelum anda keluar dari bilik tayang.

8. TANGGALKAN KASUT sebelum memasuki bilik tayang.



BAHAN PANDANG DENGAR



1. Guru-guru boleh mendapatkan bahan pandang dengar yang tersenarai papan kenyataan di bilik BPD atau dalam buku PANDUAN PENGGUNA yang akan diberikan kepada semua guru.

2. Hanya GURU SAHAJA yang dibenarkan mengambil dan memulangkan bahan pandang dengar.

3. Peminjaman yang diwakilkan kepada pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN.

4. Segala peminjaman hendaklah direkodkan dengan lengkap dalam buku rekod yang telah disediakan.

5. Beritahu guru BPD sekiranya terdapat kerosakan atau kehilangan pada bahan yang dipinjam.

6. Pinjaman untuk jangkamasa yang panjang perlu mendapat kebenaran guru BPD.

7. Minta bantuan guru BPD sekiranya anda tidak dapat mencari bahan atau menghadapi masalah menggunakan bahan.

8. Bahan-bahan seperti kertas mahjung dan manila kad boleh diambil untuk pengajaran dan pembelajaran sahaja. ( PENGGUNAAN KERTAS MAHJUNG UNTUK KEGUNAAN MENGHIAS KELAS ADALAH TIDAK DIBENARKAN).