Selamat Datang

Waktu operasi :

Isnin
hingga Jumaat : 07.30 pg - 4 .00 ptg
Portal Rasmi SMK Iskandar Shah : Klik sini

Terima Kasih Kerana melawat blog kami.

b) PENGGUNAAN RAKAMAN AUDIO

PERANAN GURU

1.      Guru membaca terlebih dahulu nota yang telah disediakan.
2.      Sediakan bahan-bahan yang akan mengiringi pengajaran.
3.      Dengar rakaman terlebih dahulu dan buat sedikit catatan.
4.      Cuba timbulkan minat pelajar-pelajar terhadap perkara-perkara yang hendak dibincangkan.
5.      Penjelasan terlebih dahulu sebelum mendengar rakaman atau selepas rakaman secara padat.

                     PERANAN PELAJAR

1.      Perlu bersedia dan berminat mendengar rakaman.
2.      Perbincangan sedikit sebanyak oleh pelajar-pelajar  terhadap topik yang akan didengar untuk menimbulkan  minat dan rasa ingin tahu.

                     SEBELUM MENDENGAR RAKAMAN

1.      Guru memberitahu pelajar-pelajar tentang:
-         Topik atau jenis rancangan.
-         Latar belakang perkara-perkara mengenai topik rakaman.
-         Soalan-soalan yang perlu dijawab oleh pelajar-pelajar selepas mendengar rakaman.
-         Penjelasan perkara-perkara yang sukar difahami.
-         Hubungkaitkan rakaman dengan kehidupan seharian.

                     SEMASA MENDENGAR RAKAMAN

1.      Senyap dan bersopan.
2.      Soalan-soalan hendaklah dikemukakan.
3.      Perhatian kepada perkara-perkara yang berlawanan dengan pendapat mereka sendiri. Perlu dengar dan fahami maksudnya.
4.      Cuba kaitkan dengan perkara-perkara, soalan-soalan atau tugasan yang telah dibincangkan sebelum mendengar rakaman.

                     SELEPAS MENDENGAR RAKAMAN

1.      Perbincangan harus diadakan.
2.      Soalan-soalan hendaklah dikemukakan.
3.      Betulkan perkara-perkara yang pelajar kurang faham.
4.      Boleh diulangi sekiranya terdapat perkara-perkara yang kurang difahami.