Selamat Datang

Waktu operasi :

Isnin
hingga Jumaat : 07.30 pg - 4 .00 ptg
Portal Rasmi SMK Iskandar Shah : Klik sini

Terima Kasih Kerana melawat blog kami.

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua warga SMKIS yang beragama Islam, PSS mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.


Ustaz Zulkifli Ahmad dalam kenangan...


 Al-Fadhil Ustaz Zulkifli bin Ahmad, Guru Pendidikan Islam SMK Iskandar Shah telah kembali ke Rahmatullah jam 1.30 pagi pada 20 Jun 2013. Jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Kelubi Jasin. Seluruh warga SMKIS amat merasai kehilangan seorang guru yang disayangi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.

1 KELUARGA 1 BUKU

Program 1 KELUARGA 1 BUKU adalah program yang dirancang oleh Pusat Sumber dalam usaha mengumpul buku bacaan baru untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan menampung kekurangan dana sedia ada.

Matlamat -  Meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan mencapai nisbah ideal pelajar dan buku 1:15.

Objektif :
·        Mengumpulkan pelbagai jenis bahan bacaan,
·        Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi untuk pelajar.
·        Menampung kekurangan buku di Pusat Sumber, dan
·        Meningkatkan kerjasama dan penyertaan PIBG dan waris dengan aktiviti di Pusat Sumber.

            Program 1 Keluarga 1 Buku adalah satu langkah mengumpul dan menyediakan bahan bacaan yang mencukupi kepada para pelajar yang ramai.  Memandangkan harga buku di pasaran adalah sangat tinggi, peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah tidak dapat menampung pembelian buku untuk memenuhi nisbah 1 pelajar: 15 buah buku.  Di samping itu juga, buku-buku yang dikumpulkan adalah untuk menampung atau menggantikan buku-buku di Pusat Sumber yang telah rosak serta hilang.  Oleh itu, Pusat Sumber akan berusaha mengumpulkan bahan bacaan berbentuk buku baru daripada semua waris pelajar SMKIS. Setiap waris digalakkan menderma sekurang-kurangnya sebuah buku baru untuk kegunaan semua pelajar SMKIS.Satu kotak pengumpulan akan disediakan untuk memudahkan waris mendermakan buku masing-masing. Sedikit sebanyak usaha ini dapat memberikan lebih banyak pilihan buku yang boleh dibaca oleh para pelajar.  Langkah ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara sekolah dan waris.  Semoga kerjasama ini dapat memberikan kebaikan pada semua pihak dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan.

Sekian, Terima Kasih

Daripada,
PSS SMKIS