Selamat Datang

Waktu operasi :

Isnin
hingga Jumaat : 07.30 pg - 4 .00 ptg
Portal Rasmi SMK Iskandar Shah : Klik sini

Terima Kasih Kerana melawat blog kami.

Selamat Hari Deepavali

Kepada semua guru dan pelajar SMKIS yang akan menyambut perayaan Deepavali pada 2/11/2013 (Sabtu), pihak PSS SMKIS ingin mengucapkan selamat Hari Deepavali..




Selamat Hari Raya Aidil Adha

Semua warga pusat sumber sekolah mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua guru-guru dan juga staf sokongan SMK Iskandar Shah..


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56



Di kesempatan ini, Unit PSS SMKIS mengucapkan Selamat Menyambut Hari 
Kemerdekaan kepada semua warga SMKIS.


MERDEKA!


MERDEKA!

MERDEKA!


Pertanding Kuiz Pengetahuan Menengah Rendah 2013

Tahniah kepada Pn Noradhilla Arif dan anak- anak muridnya kerana telah menang dalam Pertandngan Kuiz Pengetahuan Menengah Rendah tahun 2013. Ahli-ahli PSS mengharapkan kejayaan ini berulang lagi untuk pertandingan Kuiz pengetahuan peringkat negeri yang akan diadakan pada 29 Ogos 2013 (Khamis) di Kem Terendak.
Amin...




Selamat Hari Raya Aidilfitri



Di kesempatan ini, Unit PSS SMKIS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. kepada semua warga SMKIS dan semua muslimin dan muslimat yang akan menyambutnya pada minggu hadapan. Di sini, PSS mendoakan seloga semua selamat dalam perjalanan pulang . Sekian, Salam Ramadhan.

Daripada :

* Nur Hidayah Binti Yusop - Setiausaha PSS SMKIS
* Roziaili Binti Ismail - Guru Perpustakaan SMKIS
* Noradhilla Arif - Guru Perpustakaan dan Media SMKIS
* Siti Sam - Pembantu Perpustakaan SMKIS

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua warga SMKIS yang beragama Islam, PSS mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.


Ustaz Zulkifli Ahmad dalam kenangan...


 Al-Fadhil Ustaz Zulkifli bin Ahmad, Guru Pendidikan Islam SMK Iskandar Shah telah kembali ke Rahmatullah jam 1.30 pagi pada 20 Jun 2013. Jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Kelubi Jasin. Seluruh warga SMKIS amat merasai kehilangan seorang guru yang disayangi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.

1 KELUARGA 1 BUKU

Program 1 KELUARGA 1 BUKU adalah program yang dirancang oleh Pusat Sumber dalam usaha mengumpul buku bacaan baru untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan menampung kekurangan dana sedia ada.

Matlamat -  Meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan mencapai nisbah ideal pelajar dan buku 1:15.

Objektif :
·        Mengumpulkan pelbagai jenis bahan bacaan,
·        Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi untuk pelajar.
·        Menampung kekurangan buku di Pusat Sumber, dan
·        Meningkatkan kerjasama dan penyertaan PIBG dan waris dengan aktiviti di Pusat Sumber.

            Program 1 Keluarga 1 Buku adalah satu langkah mengumpul dan menyediakan bahan bacaan yang mencukupi kepada para pelajar yang ramai.  Memandangkan harga buku di pasaran adalah sangat tinggi, peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah tidak dapat menampung pembelian buku untuk memenuhi nisbah 1 pelajar: 15 buah buku.  Di samping itu juga, buku-buku yang dikumpulkan adalah untuk menampung atau menggantikan buku-buku di Pusat Sumber yang telah rosak serta hilang.  Oleh itu, Pusat Sumber akan berusaha mengumpulkan bahan bacaan berbentuk buku baru daripada semua waris pelajar SMKIS. Setiap waris digalakkan menderma sekurang-kurangnya sebuah buku baru untuk kegunaan semua pelajar SMKIS.Satu kotak pengumpulan akan disediakan untuk memudahkan waris mendermakan buku masing-masing. Sedikit sebanyak usaha ini dapat memberikan lebih banyak pilihan buku yang boleh dibaca oleh para pelajar.  Langkah ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara sekolah dan waris.  Semoga kerjasama ini dapat memberikan kebaikan pada semua pihak dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan.

Sekian, Terima Kasih

Daripada,
PSS SMKIS

Pelan Taktikal Pusat Sumber Sekolah 2013

Untuk melihat Pelan Taktikal Pusat Sumber Sekolah Tahun 2013, sila Klik Di Sini

Keceriaan Pusat Sumber Sekolah (Langsir dan Skirting)

Pada minggu lalu, 17 Mei 2013, AJK PSS SMK Iskandar Shah telah memasang langsir dan skirting baru bagi kecerian Pusat Sumber Sekolah








Keceriaan Pusat Sumber Sekolah (Mural)

Pada 15 April 2013 hingga 26 April 2013, Pusat Sumber telah mengadakan aktiviti menceriakan Pusat Sumber iaitu mengecat Mural.





Majlis Pelantikan Pemimpin Muda 2013

Alhamdulillah. Majlis Pelantikan Pemimpin Muda 2013 bersama Yang Berhormat berjaya dilaksanakan. Dengan beberapa kali raptai dan ushaa guru-guru SMK Iskandar Shah, maka berjayalah majlis ini dilaksanakan..

Berikut merupakan gambar-gambar Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMKIS 2013.
 Pentas..


 Pemimpin-pemimpin muda sedang sabar menunngu kehadiran yang Berhormat.

 Ahli Kelab Muzik sedang bersedia

 Dua orang guru yang menjadi pengerusi.


 









 Beratur mengikut giliran masing-masing


 Gembira setelah sah diiktiraf sebagai Pengawas PSS



 Ikrar oleh Ketua Pengawas Sekolah SMKIS



 Kelab Muzik



 
Sekian, terima kasih.