Selamat Datang

Waktu operasi :

Isnin
hingga Jumaat : 07.30 pg - 4 .00 ptg
Portal Rasmi SMK Iskandar Shah : Klik sini

Terima Kasih Kerana melawat blog kami.

1 KELUARGA 1 BUKU

Program 1 KELUARGA 1 BUKU adalah program yang dirancang oleh Pusat Sumber dalam usaha mengumpul buku bacaan baru untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan menampung kekurangan dana sedia ada.

Matlamat -  Meningkatkan jumlah bahan bacaan di Pusat Sumber dan mencapai nisbah ideal pelajar dan buku 1:15.

Objektif :
·        Mengumpulkan pelbagai jenis bahan bacaan,
·        Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi untuk pelajar.
·        Menampung kekurangan buku di Pusat Sumber, dan
·        Meningkatkan kerjasama dan penyertaan PIBG dan waris dengan aktiviti di Pusat Sumber.

            Program 1 Keluarga 1 Buku adalah satu langkah mengumpul dan menyediakan bahan bacaan yang mencukupi kepada para pelajar yang ramai.  Memandangkan harga buku di pasaran adalah sangat tinggi, peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah tidak dapat menampung pembelian buku untuk memenuhi nisbah 1 pelajar: 15 buah buku.  Di samping itu juga, buku-buku yang dikumpulkan adalah untuk menampung atau menggantikan buku-buku di Pusat Sumber yang telah rosak serta hilang.  Oleh itu, Pusat Sumber akan berusaha mengumpulkan bahan bacaan berbentuk buku baru daripada semua waris pelajar SMKIS. Setiap waris digalakkan menderma sekurang-kurangnya sebuah buku baru untuk kegunaan semua pelajar SMKIS.Satu kotak pengumpulan akan disediakan untuk memudahkan waris mendermakan buku masing-masing. Sedikit sebanyak usaha ini dapat memberikan lebih banyak pilihan buku yang boleh dibaca oleh para pelajar.  Langkah ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara sekolah dan waris.  Semoga kerjasama ini dapat memberikan kebaikan pada semua pihak dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan.

Sekian, Terima Kasih

Daripada,
PSS SMKIS